Erhard Milch
Erhard Milch

Erhard Milch

Erhard Milch (30 Mac 1892 – 25 Januari 1972) ialah seorang Fil Marsyal Jerman dan penjenayah perang yang menyelia pembangunan Luftwaffe sebagai sebahagian daripada persenjataan semula Jerman semasa zaman antara perang. Beliau adalah pengarah yang mengasaskan Deutsche Luft Hansa (Sistem Penerbangan Jerman) dan antara segelintir pegawai kanan Wehrmacht yang berketurunan campur (Mischling). Bapa Milch adalah seorang Yahudi tetapi fakta ini telah disembunyikan oleh Hermann Göring. Semasa Perang Dunia II, beliau bertanggungjawab terhadap pengeluaran kapal terbang; pengurusannya yang tidak berkesan mengakibatkan kemerosotan tentera udara Jerman dan penguasaan udaranya hilang semasa perang sedang berjalan. Milch menjadi salah seorang dari 12 Jeneral yang dinaikkan pangkat dalam Upacara Fil Marsyal 1940 dan merupakan pegawai kanan ke-2 dalam senioriti Tentera Udara Jerman. Beliau telah disabitkan dengan jenayah perang semasa Perbicaraan Milch yang berlangsung di hadapan mahkamah tentera A.S. pada tahun 1947 dan dihukum penjara seumur hidup; beliau telah dibebaskan pada 1954.

Erhard Milch

Pangkat Generalfeldmarschall
Nama samaran Yahudi Nazi (selepas perang)
Anugerah Knight Cross of the Iron Cross
Lencana Emas Parti
Tugas lain Menghabiskan masa di penjara Landsberg kerana terlibat dalam jenayah perang
Hubungan Werner Milch (adik)
Joachim Schlichting (menantu)
Tahun perkhidmatan 1910–1922
1933–1945
Unit Luftwaffe
Kesetiaan  Empayar Jerman (hingga 1918)
 Republik Weimar (hingga 1933)
 Jerman Nazi
Pertempuran Perang Dunia I
Perang Dunia II
Meninggal dunia 25 Januari 1972(1972-01-25) (umur 79)
Düsseldorf, Jerman
Arahan Inspektor Jeneral Luftwaffe
Luftflotte 5
Kelahiran (1892-03-30)30 Mac 1892
Wilhelmshaven, Jerman